MELAYU
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut Selalu pecah dimulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya :
Jawa itu melayu,
Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli melayu,
Arab dan Pakistani,semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembar lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorok
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenalUniversiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyuman
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara melayu indah sekali
Silatulrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan :
" Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera dihutan disusuksn-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran
Bagaimana Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya Menjadi tuan di negara Merdeka
sajak"Melayu oleh Usman Awang
Sunday, May 2, 2010
Saturday, May 1, 2010
USAHAWAN BUMIPUTERA USAHAWAN BERJAYA
MELAYU BOLEH :
Ciri-ciri penting
1.Sabar
2.Tidak mudah putus asa
3.Pandai merebut peluang
4.Mempunyai perhubungan awam ( PR ) yang baik
5.Berpandangan jauh
6.Berpegang pada janji
7.Berupaya meyakinkan pelanggan semasa menjalankan urus niaga
8.Memiliki daya tahan dan semangat juang yang tinggi
9.Tidak suka menunggu kerana peluang tidak pernah menunggu mereka

MENJANA USAHAWAN BUMIPUTERA
PERKHABARAN GEMBIRA!!!!
"ORANG MELAYU kalau nak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang atau malam.Kita ada kekuatan yang ALLAH beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita PERLU BERUSAHA. Orang melayu kena atasi sikap pemalas & pemalu. Kita kena BERANI kerana BENAR. Apabila kita dapat keuntungan & rezeki yang lebih,bolehlah kita menolong orang "
ADAKAH TAHUN INI ANDA BERAZAM UNTUK MENDAPAT KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK? ATAU ANDA AKAN TERUS MEMBERI ALASAN YANG SAMA SEPERTI TAHUN-TAHUN YANG LEPAS?.....SENYUMAN KEJAYAAN BAGI SETIAP CABARAN..

KUNCI KEJAYAAN USAHAWAN BUMIPUTERA
JADIKAN TAKWA BAHTERAMU,IMAN SEBAGAI MUATAN & TAWAKAL SEBAGAI LAYAR,MOGA-MOGA ENGKAU BEROLEH KEJAYAAN
Subscribe to:
Comments (Atom)