Thursday, October 7, 2010

PENGHAYATAN JIHAD DALAM PERNIAGAAN

USAHAWAN PERLU KESUNGGUHAN,BERANI HADAPI CABARAN UNTUK CEMERLANG DALAM BISNESS

- Setiap elemen positif yg dianjurkan islam pasti sesuai diadaptasi dlm kehidupan individu dan masyarakat tanpa batasan waktu.Begitu juga perihal jihad dlm bisness.Elemen ini amat dititikberatkan dlm kehidupan muslim

- Kesesuian kedua2 elemen ini terus releven sama ada jika difokus secara berasingan,apatah lagi bergandingan.Umat Islam harus sedar jihad yg lbh besar drpada berperang ialah menghadapi hawa nafsu sebagaimana diperingatkan junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W

- Kesinambungan bisness dlm Islam pula dinobatkan sbgai sumber utama rezeki dlm kadar 90 peratus mengatasi bidang lain.Ini jelas diungkapkan dlm hadis Rasulullah S.A.W sendiri yg mencatatkan baginda pernah berniaga.

- Dalam mengungkapkan kedua2 aspek brkenaan secara bergandingan pula,ideologi yg terbina di atas jihad dlm bisnes sememangnya tiada kecanggungan.Pendekatan fitrah ini terus releven dgn tuntutan semasa,malah secara tidak langsung turut merumuskan perspektif lbh segar dlm pembabitan umat Islam secara serius dan berhemah dlm bisnes

BAB KATA PEPATAH : UNTUNG SABUT TIMBUL,KALAU TIDAK DIPECAHKAN RUYUNG,MANAKAH DAPAT SAGUNYA ?

Thursday, May 6, 2010

PERBEZAAN DI ANTARA SEORANG USAHAWAN DENGAN PENIAGA

SITUASI USAHAWAN DENGAN PENIAGA

1.Tidak mendapat ruang perniagaan
Usahawan : Mereka akan mengusahakan atau mencipta ruang niaga alternatif.Mereka
nampak banyak tempat dan ruang baru yang berpotensi yang boleh dijadikan
medan niaga baru
Peniaga : Akan manjadikan itu masalah pokok yang berat.Mereka lebih memetingkan
ruang niaga tradisional,konvensional dan yang telah tersedia


2.Produk kurang laris

Usahawan : Mereka mengkaji kekuatan dan kelemahan produk masing-masing dan
menggembeling daya kreatif dan inovatif untuk menyerlahkan produknya
Peniaga : Mereka akan menyalahkan lokasi atau kuasa beli pengunjung/pelanggan yang
rendah


3.Lokasi kurang strategik
Usahawan : Mereka akan merungut juga tetapi akan segera membuat kajian dan mencari
jalan agar lokasi tersebut boleh diserlahkan
Peniaga : Mereka akan mengeluh dan merungut dan mencari jalan untuk berpindah


4.Mendapat kritikan negatif pelanggan

Usahawan : Rasa sedih dan kecewa.Segera bertindak agar tiada pelanggan kedua yang
akan mengkritik benda yang sama
Peniaga : Rasa amat sedih dan kecewa.Moral jatuh dan rasa marah pada yang
mengkritik


5.Menerima bangkangan ahli keluarga
Usahawan : Sedih dan kecewa dan memencilkan diri untuk seketika.Berusaha keras
agar berjaya dengan lebih cepat
Peniaga : Sedih dan kecewa.Menjauhkan diri dari sanak-saudara.Atau ada yang
retaliate yakni membalas balik kata-kata mereka


6.Menerima saingan sengit

Usahawan : Walaupun pahit,hakikatnya saingan adalah satu yang sihat.Ia akan
mendorong kita untuk tidak cepat merasa selesa dan berpuah hati.
Kita harus bertanya,kenapa bisness jenis ini ramai sangat orang
yang nak ikut buat?
Peniaga : Marah kepada pesaing,kenapa mereka ni,ada macam-macam jenis bisnes
tetapi bisnes macam aku ini juga yang dia nak buat.Buat dekat-dekat
dengan tempat aku pulak tu!


7.Apabila bisnes menghadapi kebuntuan atau gagal

Usahawan : Ia merasa kecewa.Ia akan segera mengkaji di mana silapnya.Bisnes bukan
sekadar satu mata pencarian bahkan ia satu komitmen,maruah dan harga
diri.Dia tidak mempunyai pilihan lain melainkan bengkit dengan lebih
bersemangat dan bijaksana
Peniaga : Ia merasa gelap masa depan kerana baginya bisnes adalah sumber mata
pencarian.Ia merasa amat terpukau dan ia akan menyalahkan nasib yang
tidak menyebelahi dirinya




MANFAAT MASA MUDA INGIN BERGELAR USAHAWAN BERJAYA,JATUH BANGUN CABARAN BIASA DUNIA BISNES

Sunday, May 2, 2010

MEMULAKAN PERNIAGAAN

- Setelah menubuhkan syarikat Sdn Bhd,usahawan itu perlu mengenali borang-borang 32A,M & A,24,29 selain mengerti modal berbayar dan modal dibenarkan.

- Kena ambil contoh-contoh sebagai rujukan.Langkah seterusnya membuka akaun bank.Ini perlu sebab kita kena melihat bank-bank yang mudah memberi pinjaman.

- Saya ingin jelaskan 2 bank yang mudah iaitu Maybank dan Bank Rakyat yang banyak kepada pembiayaan pembinaan.Selain SME Bank yang banyak membantu golongan Bumiputera.Begitu pun PUNB,MARA dan agensi yang mahu melihat usahawan bumiputera maju boleh dicuba sekiranya kita memerlukan pinjaman.

- Selain itu juga,kemampuan menulis surat juga diperlukan.Setiap pengarah syarikat perlu pandai mengarang surat.Asas mengarang surat itu penting.

- Tidak lupa juga tidak dapat ditolak berniaga adalah melibatkan wang ringgit,oleh itu asas perakaunan perlu faham dan perlu diberikan keutamaan.Penting mengenali secara umum asas perakaunan.

BAGAIMANA LANGKAH PERMULAAN UNTUK MENJADI USAHAWAN?

Cuba fikirkan apa yang anda harus berniaga....

* Dengan mensasarkan jenis perniagaan atau apakah yang harus diniagakan dengan pendekatan fokus kepada jenis perniagaan yang akan diusahakan.
* Caranya ialah kita perlu mencari produk kita sendiri untuk menjalankan perniagaan tanpa kita menoleh belakang lagi.
* Sebagai usahawan juga perlu mengenali Setiausaha Syarikat.Sebagai usaha untuk memulakan perniagaan setiap bakal usahawan perlu mencari setiausaha syarikat untuk menubuhkan sebuah syarikat Sdn Bhd atau Enterprise
* Setelah ada kemahiran dan mudah berurusan dengan setiausaha syarikat kita akan mulai memahami konsep asas syarikat baru kita melangkah untuk bermula.

BAGAIMANA UNTUK MENJADI USAHAWAN?

Saya mengambil konsep 3 perkara iaitu mudah,sukar dan angan-angan.Tiga perkara ini mesti ada dalam diri bakal usahawan :

MUDAH :Adalah bagi mereka yang mewarisi perniagaan keluarga atau pendedahan semasa kecil dari kalangan keluarga terdekat dan mereka ini mempunyai jiwa yang besar untuk menjadi usahawan.Kategori mereka ini ramai lahir dari kalangan orang Cina.Bermula di kedai runcit,mengira sempua menulis dalam buku catatan jualan masuk dan keluar,selain kemahiran berkomunikasi pelanggan.Kebanyakan pendedahan mereka ini di kedai runcit,kedai ubat, ataupun juga kedai-kedai retail memudahkan mereka menjadi usahawan di masa depan.


SUKAR :Bermula dari keinginan melihat,membaca dan mengenali mereka yang berjaya dalam dunia keusahawanan.Mereka ini akan belajar dari pengalaman dan melalui perjalanan yang salur-galurnya yang sukar.Mereka berusaha dengan kemampuan dan pengalaman yang dikutip sepanjang menjadi usahawan.Belum tentu mereka ini berjaya tetapi ramai yang lahir melalui pengalaman ini.


IMPIAN :Bermula dengan memasang impian dan bergerak untuk menjadi usahawan.Mereka ini dikalangan usahawan yang gigih dan sering memasang kejayaan dan tidak kenal erti kegagalan.Mereka bergerak dengan impian untuk berjaya.Ramai yang berjaya kerana ada impian.

JADILAH INSAN YANG BERGUNA UNTUK AGAMA,BANGSA DAN NEGARA AGAR HIDUP INI PENUH BERMAKNA

YA ALLAH YA TUHANKU,SESUNGGUNHYA AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARIPADA RASA SUSAH DAN SEDIH,AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARIPADA RASA LEMAH DAN MALAS,AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARIPADA SIFAT PENGECUT DAN KIKIR DAN AKU BERLINDUNG KEPADAMU DARIPADA DILILIT HUTANG DAN TEKANAN ORNG LAIN..AMIN

BERMULA MENJADI USAHAWAN

BERMULA MENJADI USAHAWAN
Bermula dengan berfikir untuk menjadi usahawan.Memang itulah keinginan zaman sekarang di mana masyarakat dunia menggunakan akal untuk berfikir mencipta produk dan memasarkannya keperingkat global.BERMULA DENGAN BERFIKIR....

Dari kita ketahui,perkembangan dan perubahan yang cepat terjadi di dunia,iaitu maklumat internet,email,sms,mms dan mobile phone dan juga saluran tv yang banyak,semua ini menjadikan manusia lebih cepat mendapat maklumat sekiranya dipergunakan secara positif dan bermaklumat.Malahan ia mampu mengangkat anak muda dari kampung untuk menjadi usahawan dunia kalau pandai mencari peluang dan menekankan kepada inovatif...

Universiti adalah satu badan yang mencetak sumber daya manusia yang berwibawa,juga menciptakan perkembangan ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh bangsa dan negara Malaysia.Dunia pendidikan kini dituntut untuk lebih banyak melakukan perubahan pendidikan yang lebih maju dan berkualiti.Melahirkan graduan yang hebat dan mampu untuk maju.Dan di universiti juga diperlukan bukan sahaja graduan yang terbaikl tetapi jiga memungkinkan usahawan yang berjaya...

Seperti juga dunia usahawan sangat penting dikaitkan dengan perubahan dan perlu dibahaskan agar setiap anak bangsa yang ingin menjadi usahawan mampu memimpin organisasinya dengan memiliki personaliti,behavior dan the sense of power untuk berjaya.Usahawan yang lahir nanti mampu berubah menjadi kuasa yang membangkitkan yang kita sebut sabagi mukjizat..

Maka itu untuk melahirkan usahawan,mereka harus ada keinginan untuk maju dan tidak lari dari perubahan,bukan lagi cara pemikiran tipikal.Oleh itu tenaga pengajar juga perlu bersikap lebih terbuka dan perlu berpihak kepada perubahan sebagai petanda kehidupan dan siapa yang cinta kepada kehidupan jangan memusuhi perubahan apa lagi membunuhnya..Kerana bila ada perubahan setiap bakal usahawan akan mencipta dan melahirkan lebih ramai pekerja dan menjadi idola kepada usahawan baru untuk berjaya....

Persoalannya bagaimana untuk melahirkan usahawan yang mencipta kejayaan dengan proses pemahaman melalui pembelajaran teori selain praktikalnya boleh diambil daripada mereka yang telah berjaya...

BUAT PERANCANGAN AWAL,PERJALANAN MASIH JAUH UNTUK DIHARUNGI!!!!

SAJAK MELAYU

MELAYU
Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di perut Selalu pecah dimulut
Biar mati adat
Jangan mati anak

Melayu di Tanah Semenanjung luas maknanya :
Jawa itu melayu,
Bugis itu Melayu Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli melayu,
Arab dan Pakistani,semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembar lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorok
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenalUniversiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyuman
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara melayu indah sekali
Silatulrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selaga yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan :
" Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera dihutan disusuksn-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran

Bagaimana Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya Menjadi tuan di negara Merdeka

sajak"Melayu oleh Usman Awang

Saturday, May 1, 2010

USAHAWAN BUMIPUTERA USAHAWAN BERJAYA

MELAYU BOLEH :

Ciri-ciri penting

1.Sabar
2.Tidak mudah putus asa
3.Pandai merebut peluang
4.Mempunyai perhubungan awam ( PR ) yang baik
5.Berpandangan jauh
6.Berpegang pada janji
7.Berupaya meyakinkan pelanggan semasa menjalankan urus niaga
8.Memiliki daya tahan dan semangat juang yang tinggi
9.Tidak suka menunggu kerana peluang tidak pernah menunggu mereka

MENJANA USAHAWAN BUMIPUTERA

PERKHABARAN GEMBIRA!!!!

"ORANG MELAYU kalau nak berjaya kena kerja kuat tidak kira siang atau malam.Kita ada kekuatan yang ALLAH beri melebihi daripada bangsa lain. Tetapi untuk maju kita PERLU BERUSAHA. Orang melayu kena atasi sikap pemalas & pemalu. Kita kena BERANI kerana BENAR. Apabila kita dapat keuntungan & rezeki yang lebih,bolehlah kita menolong orang "

ADAKAH TAHUN INI ANDA BERAZAM UNTUK MENDAPAT KEHIDUPAN YANG LEBIH BAIK? ATAU ANDA AKAN TERUS MEMBERI ALASAN YANG SAMA SEPERTI TAHUN-TAHUN YANG LEPAS?.....SENYUMAN KEJAYAAN BAGI SETIAP CABARAN..

KUNCI KEJAYAAN USAHAWAN BUMIPUTERA

JADIKAN TAKWA BAHTERAMU,IMAN SEBAGAI MUATAN & TAWAKAL SEBAGAI LAYAR,MOGA-MOGA ENGKAU BEROLEH KEJAYAAN