Sunday, May 2, 2010

BERMULA MENJADI USAHAWAN

BERMULA MENJADI USAHAWAN
Bermula dengan berfikir untuk menjadi usahawan.Memang itulah keinginan zaman sekarang di mana masyarakat dunia menggunakan akal untuk berfikir mencipta produk dan memasarkannya keperingkat global.BERMULA DENGAN BERFIKIR....

Dari kita ketahui,perkembangan dan perubahan yang cepat terjadi di dunia,iaitu maklumat internet,email,sms,mms dan mobile phone dan juga saluran tv yang banyak,semua ini menjadikan manusia lebih cepat mendapat maklumat sekiranya dipergunakan secara positif dan bermaklumat.Malahan ia mampu mengangkat anak muda dari kampung untuk menjadi usahawan dunia kalau pandai mencari peluang dan menekankan kepada inovatif...

Universiti adalah satu badan yang mencetak sumber daya manusia yang berwibawa,juga menciptakan perkembangan ilmu pengetahuan yang diperlukan oleh bangsa dan negara Malaysia.Dunia pendidikan kini dituntut untuk lebih banyak melakukan perubahan pendidikan yang lebih maju dan berkualiti.Melahirkan graduan yang hebat dan mampu untuk maju.Dan di universiti juga diperlukan bukan sahaja graduan yang terbaikl tetapi jiga memungkinkan usahawan yang berjaya...

Seperti juga dunia usahawan sangat penting dikaitkan dengan perubahan dan perlu dibahaskan agar setiap anak bangsa yang ingin menjadi usahawan mampu memimpin organisasinya dengan memiliki personaliti,behavior dan the sense of power untuk berjaya.Usahawan yang lahir nanti mampu berubah menjadi kuasa yang membangkitkan yang kita sebut sabagi mukjizat..

Maka itu untuk melahirkan usahawan,mereka harus ada keinginan untuk maju dan tidak lari dari perubahan,bukan lagi cara pemikiran tipikal.Oleh itu tenaga pengajar juga perlu bersikap lebih terbuka dan perlu berpihak kepada perubahan sebagai petanda kehidupan dan siapa yang cinta kepada kehidupan jangan memusuhi perubahan apa lagi membunuhnya..Kerana bila ada perubahan setiap bakal usahawan akan mencipta dan melahirkan lebih ramai pekerja dan menjadi idola kepada usahawan baru untuk berjaya....

Persoalannya bagaimana untuk melahirkan usahawan yang mencipta kejayaan dengan proses pemahaman melalui pembelajaran teori selain praktikalnya boleh diambil daripada mereka yang telah berjaya...

BUAT PERANCANGAN AWAL,PERJALANAN MASIH JAUH UNTUK DIHARUNGI!!!!

No comments:

Post a Comment