Sunday, May 2, 2010

BAGAIMANA UNTUK MENJADI USAHAWAN?

Saya mengambil konsep 3 perkara iaitu mudah,sukar dan angan-angan.Tiga perkara ini mesti ada dalam diri bakal usahawan :

MUDAH :Adalah bagi mereka yang mewarisi perniagaan keluarga atau pendedahan semasa kecil dari kalangan keluarga terdekat dan mereka ini mempunyai jiwa yang besar untuk menjadi usahawan.Kategori mereka ini ramai lahir dari kalangan orang Cina.Bermula di kedai runcit,mengira sempua menulis dalam buku catatan jualan masuk dan keluar,selain kemahiran berkomunikasi pelanggan.Kebanyakan pendedahan mereka ini di kedai runcit,kedai ubat, ataupun juga kedai-kedai retail memudahkan mereka menjadi usahawan di masa depan.


SUKAR :Bermula dari keinginan melihat,membaca dan mengenali mereka yang berjaya dalam dunia keusahawanan.Mereka ini akan belajar dari pengalaman dan melalui perjalanan yang salur-galurnya yang sukar.Mereka berusaha dengan kemampuan dan pengalaman yang dikutip sepanjang menjadi usahawan.Belum tentu mereka ini berjaya tetapi ramai yang lahir melalui pengalaman ini.


IMPIAN :Bermula dengan memasang impian dan bergerak untuk menjadi usahawan.Mereka ini dikalangan usahawan yang gigih dan sering memasang kejayaan dan tidak kenal erti kegagalan.Mereka bergerak dengan impian untuk berjaya.Ramai yang berjaya kerana ada impian.

No comments:

Post a Comment